Tuesday, July 24, 2012

perkongsian ilmu #1

assalamualaikum

Alhamdulillah dah tiga hari kita berpuasa , macam mana ? masih kuat lagi kan? mestilah kuat kerana Allah bersama kita :) entri kali ni aku nak buad perkongsian ilmu sedikit sebanyak yang aku dapat dari tazkirah kat surau tadi . Alhamdulillah again to Allah coz give us a chance to breath and repent.

" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa . " ( Al-Baqarah , 183 )

Dengan berpuasa menjadikan kita orang yang bertaqwa disisi-Nya , insyaAllah . Akan tetapi jangan kita lalai dengan tanggungjawab kita yang lain seperti solat, zakat, membaca al-Quran dan lain-lain. Kalau kita puasa pon , tapi solat kita lengahkan or kita tak jaga sebaiknya ,tidakkah kita merasa puasa kita akan menjadi sia-sia? tepuk dada tanya iman .

Saidina Ali bersabda : Taqwa nie terbahagi kepada empat perkara , pertama , TAKUT akan Allah yang diiringi dengan rasa cinta . Kedua , beriman dengan al-Quran . Ketiga , redha . dan yang terakhir , orang yang menyiapkan diri dengan kehidupan selepas mati . 

RAMADHAN , awalnya adalah rahmat , pertengahannya pula pengampuan dan dihujungnya pula , dihindarkan dari api neraka . Banyak keistimewaan bulan ramadhan nie , selain kita berpeluang berpesta ibadah , kita dapat menjalinkan dan mengukuhkan ukhuwah yang sedia ada , kita juga menambahkan ilmu pengetahuan dengan mendengar tazkirah di surau or masjid . selain itu , dengan berpuasa , kita dapat belajar untuk menahan diri bukan saja menahan lapar , tapi menahan marah kita juga , bulan puasa nie kita perlu banyak-banyak bersabar ye :)

*Semoga Allah menghimpunkan kita bersama2 orang2 yang bertaqwa. Aminn~



2 comments:

Aing said...

hi cik pelangi..amboii patut nama pelangi bagai punn..blog kau..semua warna kau nak rembat kan..hehe

aku puasa hari ni,,alhamdulillah..tu je nak bg tau..tata :)

Abu Bagi said...

nice sharing.. semoga aku jadi orng yg baik baik..