Monday, August 6, 2012

Bagaimanakah alam ini bermula...

assalamualaikum

Manusia bertanya : Bagaimanakah alam ini bermula ?

Al-Quran menjawab :

 " Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu , kemudian Kami pisahkan antara keduanya . Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup . Maka mengapakah mereka tiada juga beriman . " ( al-Anbiyaa' : 30 )

Allah menggunakan perkataan " ratq " yang bermaksud bercantum dan " fataqa " yang bermaksud berpecah/bercerai .

Terdapat beberapa pendapat antaranya ialah . . .

Pertama , perkara ini ada merujuk kepada teori 'Big Bang' .

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah  satu letupan yang kuat ( cosmix explotion )10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. Sejak  itu berlakulah pengembangan dan penyejukan  ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi 
dan seumpamanya.  




Kita tidak perlu beriman kepada teori ini kerana teori ini terbahagi kepada beberapa pendapat yang lain , akan tetapi , ada satu perkara yang kita perlu ketahui bahawa teori ini juga menyatakan bahawa mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.   .

Kedua , sesetengah pendapat mengatakan alam ini terjadi berkaitan dengan sistem suria .

Hipothesis pembentukan sistem suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace . Teori ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria . Ia mempunyai 100 AU dan berjisim  2-3 kali jisim matahari . Kemudian , satu gangguan ( mungkin supernova berhampiran ) memampatkan nebula , menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh . Apabila nebula itu runtuh , keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti ,tekanan gas , medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut tengah . Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. 


Ketiga , konsep singularity ( physic's term ) , konsep ini aku pon kurang paham sangat . mungkin gambar dibawah ini buad korang paham sikit kot.. huhu~


Tidakkah kalian terfikir , sesungguhnya Allah telah mengatakan bahawasanya , proses kejadian ini akan ditemui oleh orang kafir dahulu seperti ayat al-Quran diatas . Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah itu . Allahu Akhbar .




2 comments:

Anonymous said...

Allahuakbar. Kuasa Allah. :)

dhuapatah said...

sangat informative. :)
subahanallah. :D