Friday, July 15, 2011

info : Solat , Spektrum , Frequencies and Energy! :)

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuda) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yg berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yg berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yg selalu ketinggalan atau terlewat Zohornyaberulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yg tengah sakit ceria tak?

WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yg kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur lah tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib , alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yg sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat maghrib dulula) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yg boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yg kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.





9 comments:

gadisBunga™ said...

wah...mmg menarik. bagus untuk menarik org bersolat! :D

Aisyah Aina said...

banyak kebaikan solat ni kan :D

semutsengal said...

setiap perkara yang Allah fardukan tu ada kelebihan nya ;)

Unknown said...

heheh,subhanallah:)

Prince Halilintar said...

yup, rajin2 lah kite pelihara solat kite ye =)

Oh Lady said...

solat itu memberi ketenangan jiwa :)

Nazrul Azwan said...

harap org yg selalu tinggal solat dapat baca ni. keindahan solat. :)

Elie Lily said...

solat itu memang indah! :)

[sutera kasih] said...

pernah baca dh sblm ni..thanks share sbb recall ingatan ttg artikel ni :)