Monday, June 27, 2011

ketagih gam boleh maut

haisssssssssssssssh ! pelik betul la budak-budak zaman sekarang . kecik-kecik lagi da pandai buat perkara yang bukan-bukan . sekarang nie kes budak belasan tahun seawal 14 tahun dah pandai hidu gam . wah ! hebat tak ? ishk , ada ke patut ? tahu tak , bahayanya menghidu gam ? antara kesannya , mengehadkan pergerakan fizikal, melemahkan daya pemikiran, membantutkan kebolehan berkomunikasi, menjejaskan pembelajaran serta boleh membawa MAUT kepada penagihnya nampak ? kesannya lebih kurang dengan penagih dadah kan . betapa merbahanya kes ni . mereka yang menghidu gam ni juga kelihatan tidak bermaya . tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan walaupon semudah abc . mereka tidak mampu mengikat tali kasut dan memakai baju sendiri . mereka juga akan gagal dalam matapelajaran terutama pelajaran mengira . meraka akan selalu mengelamun , percakapan kurang jelas dan daya pendengar menjadi terhad .

antara faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dalam kes ini :

  • gam mudah didapati
  • harganya yang murah
  • mampu menghayalkan mereka dalam masa 15saat
  • tidak dibawah jagaan ibu bapa

kes melaporkan terdapat 54pelajar telah dimasukkan ke pusat pemulihan sejak februari lalu . adakah ini yang dinamakan MALAYSIA maju ? MALAYSIA boleh ? di manakah anak bangsa yang akan pertahankan negara kita kalau perkara ini dibiarkan berlaku . sama-samalah kita berganding bahu membanteras gelaja-gejala sebegini . masa depan negara terletak pada setiap individu masyarakat malaysia .


37 comments:

Rina Rahamat said...

tangkap lps tu suh diaorng hidu tahi lembu pulak..mesti ketagih punya hehe

KuNanGKuNanG said...

macam2 la budak sekarang ni.xsedarke diorang2 merosakkan diri sendiri?

lilypelangi said...

rina avail : hidu taik lmbu ?? cm geli jer . heee

lilypelangi said...

kunangkunang : budak2 tu tak pikir masa depan kot

kokser kokdam said...

ketagih 'GAMe'

lilypelangi said...

kokser kokdom : game ?

semutsengal said...

budak skg hebat !!

ain revival said...

x suka lah..kat kmpung ain pun ramai yang hidu gam nie..adess..x fikir masa dpan ke~

Fathiah Hamim said...

hmm apa yang best sangat hidu gam. bukan harum pun. kan? O_o

lilypelangi said...

hanif : hebad la sangat kaaaan

lilypelangi said...

ain revival : siapa lah yang suka tgk menda2 nie . ishk2 .

lilypelangi said...

fathiah hamim : tu la , pelangi pon tak beberapa paham

KuNanGKuNanG said...

jom join contest ni...

http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/06/contest-best-photo-of-me-by-yqnq.html

Unknown said...

itu la..sampai gam yg budak kecikguna pon diorang pi bau..haishh..mintak sangat dijauhkan benda ni..

Awan said...

budak2 sekarang mmg dasyat

Hans Hanis said...

pelajar2 yang terlibat dalam kes nih yang rata2nya melayu memang menyedihkan
merosak diri

Kisah Seekor Anak Burung Kuning Yang Comel

M Fizan said...

pelik2..hidu gam, hisap rokok..memang kerja bodoh..hahahaha

lilypelangi said...

kunangkunang : insyaAllah i will join :)

lilypelangi said...

apik pehe : gam tu ke diorang gne ?

hm , doa sgt2 mnta dijauhkan kan

lilypelangi said...

awan : memang dahsyat~

lilypelangi said...

hans : btul kata hans , sbb tu rsau tak de melayu yang akn majukan negara kita ni

lilypelangi said...

Mfizan tak hisap rokok ker? hee

LiLy @ MaMaQiStInA said...

hmmm..ntahlah apa yg bestnye dgn gam tu kan..

Unknown said...

hehe..tak..yang kerap diorang guna adalah gam yg tampal kasut tu..

Abu Bagi said...

tu la senang sngt nak dapat

lilypelangi said...

mummyqistina : diorang rsa best dapat berkhayal kot . huuu

lilypelangi said...

apik pehe : ouh ! gam kasut . hehehe. baru pelangi taw :p

lilypelangi said...

abu : lau gam tu memang senang giler nak dpt . kt kdai2 byk . heee

sayakayrulez said...

xyah la isap gam..
isap shisha la sedap

Unknown said...

macam2 budak2 sekarang nih.kene pang sekali baru tao :D

Izzaty Ishak said...

Pergh dah mcm baca syarahan. Hehe

Budak-budak sekarang mmg mintak mkn kaki.

lilypelangi said...

khairul akmal : isap shisha? adehh . tak suka bau dia . busuk :p

lilypelangi said...

syrupmasin : bukan pang skali , tpi bnyak kali baru baek :D

lilypelangi said...

izzaty ishak : hahahaha . terskema lak :p

hahhaa . macam2 budak skg ni kn

cik fikaa said...

budak2 zaman skrg ade jea prangai yang aneh2 .

NasQ said...

apa kata kita suruh diorang hidu gam kanji lak lepas ni... lagi murah...

Unknown said...

gam penting kot nak buat art2 nih. hahaha. bazier je buat hidu2. ceeeeettt.




eh kite ada wishlist sama la. nak keyboard jugak. huhu. tpi dia dah ade. jeles. tsk





awak punye model ape eh keyboard?