Thursday, April 15, 2010

+ dedicate 4 5 sc1 ' 09 (smkrmm) +

salam uols! haa.. nie kes aku ttbe rndu kt dak2 klas aku la nie. deme2 tu mmg hebat la. aku rse bersyukur la dpt belajar n bergelak ketawa bersama deme uh. aku wt coretan nie dr thun lepas tp kempunan na msuk kn lam majalah sek ats sebab2 tertntu. siput tol! tp taper la, kt cni la aku nk share skit pasal dak2 klas aku...


chern, taufiq, amrol, emi, khai, sheng song, ekhwan, azim, aidil, shuyik
suhaila, ernie, hasliza, hidayah, azeela, pn.zauwiah, jamilah, ain, intan, N'farha, maria



Coret-coret 5 science 1
Pejam, celik, pejam, celik…tup2 dah form5.. Sudah tua rupanya kami ni..hehe. Cepat betul masa berlalu kan? Jadi senior sekolah, so budak-budak kena tunduk pada arahan kitaorang..haha..Tak ada la sampai macam itu sekali. Kami masih merasakan yang kami ni budak-budak lagi tau, huhu. Siapa yang tak kenal budak-budak 5 science 1?? Macam-macam ragam, alasan, dan perkara yang kami buat. Busy itu ini,macam-macam lagi lah. Kalau nak diceritakan satu majalah semesra ni pun tak cukup mukasurat, siap boleh buat novel bersiri lagi. Banyak kenangan pahit manis yang berlaku di sekolah dan di dalam kelas yang tak mungkin kami semua lupakan. Aku tukang karang cerita ni, biar aku ceritakan satu per satu perangai budak-budak ni……
Tapi sebelum aku menyingkap kisah kawan-kawan sekelas terlebih dahulu aku ingin bercerita tentang  kisah guru kelas kami yang teramat lah sporting dalam dunia. Namanya Pn. Zauwiah. Orangnya comel  and so sweet.. Bagi kami, cikgu lah yang paling baik sekali dan paling banyak bersabar dengan kerenah kami,.walaupun penat mengajar tapi cikgu tetap senyum dengan perangai kami semua. Kami bersyukur kerana mendapat seorang cikgu yang amat penyabar dan amat sayangkan kami.. Thanks teacher!!!!!
Alkisah bermula dengan Aidil, dia merupakan seorang mandur di dalam kelas kami. Orangnya hitam  manis, ketinggian…mungkin boleh ditinggikan lagi kot, itu pun kalau dia rajin makan CalciYum, hek…. Aidil ni kalau bercakap memang laju, kalah jet pejuang agaknya.  Aidil nie selalu kena gosip dengan seorang budak perempuan kelas kami, namanya Jamilah, memang padan pun mereka ni, Aidil ketua dan Mila pula penolongnya. Mila ni boleh dikatakan gadis melayu terakhir la. Orangnya alim, sopan dan manis, patutlah Aidil tertarik. Hahaha…Mampus aku.. Aku gurau aje beb! Ini kan ‘coret-coret’, jadi tak seorang pun akan terlepas dari gosip aku, hahaha…
Ok, next sape plak. Hah, kisah tentang  dua orang gadis jelita pula, Ain, ketua kebersihan dan Azeela pula ketua perabot. Bila bercerita sampai tak ingat dunia, masa bergambar pula, wajah mereka aje yang ‘enterframe’, hehe… Biasa lah kan, bukan selalu cuma banyak kali je.. Hehe.. Next, pasal seorang bdak lelaki yang dikatakan ‘macho’, pendiam, dan perangai agak pelik sikit. Nama dia Ekhwan. Macho?? Hahaha.. Bukan aku yang cakap, tapi peminatnya yang beritahu.. Aku just tulis kat sini.. Ekhwan ni perangai pelik sikit. Kadang-kadang kitaorang tak faham apa yang dia buat, tapi yang paling best kalau dia nak bercakap dengan cikgu macam nak mengorat anak dara je gayanya. Kadang-kadang cikgu tu pulak yang segan, kawan-kawan pulak asyik bengang sibuk je dengan ayat-ayat cinta dia. Alahai Ekhwan.
Sekarang beralih ke gadis-gadis comel molek pula, Hidayah dan Hasliza. Has ni kalau kat kelas pot pet pot pet aje kerjanya mengalahkan lawyer, Dayah pula asyik senyum memanjang.. Manis je orangnya tapi bila sudah naik angin garang giler nak mampus.. Senang cerita singa 5science 1 la..  Jadi korang jangan lah mudah terpesona dengan dorang berdua ini terutama Si Dayah... Hehe.. Jangan marah ek…
 Seterusnya budak yang paling cerewet dan suka  kenakan budak-budak perempuan, nak tau siapa?, Helmi lah “guitarist & vocalist The Teen Next Door”… Wujud ke band nie??? Erm…. Orang kaya di negeri Isketambola, hehe…. Orangnya putih, tinggi lampai dan mempunyai ramai peminat, wow!!.. Bukan saja kat sekolah tapi ‘classmate ‘ sendiri pun ada yang admire secara rahsia kat dia, tapi bukan aku tau, jangan salah sangka pula, aku ni sedara bau bau epal je dengan dia, wuu~
Now giliran Ernie dan Suhaila, dua gadis montel yang comel. Dua sahabat baik, kehulu kehilir asyik berdua saja. Si Ernie ceti haram kelas kami, time kami ada duit tak nak minta, bila duit dah abis masa tu lah dia baru sibuk nak kutip duit kelas, adeh!,..hehehe. Si Suhaila pula memang cantik, cute macam anak orang Pakistan.. Suhaila ini suka sangat buat orang geli-geleman.. Kalau salam atau berjabat tangan suka sangat geletek tangan orang.. Pembaca pasti kenal tiga jejaka yang seterusnya ini, Amrollah, Hazim dan Khairudin. Dulu Amrol rendah aja, tangkap gambar masa form 1 muka pun nampak separuh, hehe.. Tapi sekarang dah tinggi dia tu. Dia juga sangat diminati oleh girls lower  form. Hazim pulak budak paling nakal dan otai dalam kelas kami tapi jangan risau dia tetap seorang yang baik hati dan jiwang leleh.. Khai?, seniman 5 science 1, dialah bakal pelapis pelakon drama bersiri suatu hari nanti.. Insya Allah..
Siapa lagi yang belum aku cerita ek, oh ya…Maria dan N’Farha. Dua sahabat yang kadang bersama kadang berjauhan. Kitorang pun tak berapa faham dengan dorang berdua ni. Kalau Maria tu berjalan perlahan je macam kura-kura, N’Farha pula laju macam arnab. Tak kisah lah kan asalkan mereka bahagia. Ini pula kisah dua orang budak perempuan cina kelas kitorang. Seorang bernama Chai Chern dan seorang lagi Syu Yik. Hobi Syu Yik tu menyanyi dalam kelas, merdu sungguh suaranya..huhu… Chai Chern pula asyik kene rebut dengan budak leleki kelas kami, tapi dia tak layan pun. Padan muka diaorang tu (terutama sekali si Helmi dan Ekhwan.. Hahaha) .
 Salah seorang murid lelaki cina tunggal dalam kelas kami ialah Seng Song. Hobinya tidur dalam kelas, tapi bila exam, perghh..result nya gempak giler, huahuahua….Akhir sekali kisah tentang seorang jejaka yang pemalu dalam kelas kami. Masa first time masuk kelas (form 4) diam je, sepatah kata pun tak keluar dari mulutnya.. Tapi bila dah lama-lama terkeluar juga lah belangnya, rupanya bising giler mamat ni, bila cikgu mengajar kat depan suara dia lah yang paling kuat menjawab,adeh. dia la si Taufiq!.
            Ok lah para pembaca semua,setakat ini lah saja yang dapat aku coretkan tentang kawan-kawan aku. Maafkan aku jika ada terlanjur kata, dan tersilap bahasa. Aku ini hanya lah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.. Sepuluh jari aku hulurkan tanda mohon kemaafan . Mesti you all tertanya-tanya siapa aku kan…? Aku lah permata yang paling berharga dalam kelas 5 science1 (hehe..perasannya aku..) Cepat teka siapa aku… aku budak rabun dalam kelas 5 science 1..nak tau kisah aku tak?..hmmm…lain kali aje lah ye..hek..hek..
Kepada semua rakan rakan ku, aku nak bagi tau koranglah sahabatku yang paling cool and the best in the world dengan sifat korang yang gila-gla buat kelas jadi huru hara dan hap’pening’. Hope someday you all akan berjaya diluar sana dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.. By the way jangan lupa pada jasa ibu bapa kita semua. Jangan lupakan kawan-kawan lama. Koranglah sahabatku dunia dan akhirat (insya Allah), bak kata pepatah tak lekuk de hujan dan tak lekang dek panas..aii sehh.  Tata all…bye!!!!!!!!!



♥ semoga Allah memberikan kejayaan yg terbaik untuk semua. InsyaAllah ♥

No comments: