Sebenarnya banyak ibadat yang boleh di amalkan oleh wanita semasa sedang haid. Hanya ada beberapa perkara yang haram dilakukan semasa haid seperti bersuci, solat, puasa, tawaf dan membaca Al-Quran (memegangnya).
Lagipun, skop ibadah di dalam Islam ini luas. Setiap amalan yang baik seperti bersedekah dan sebagainya itu akan dianggap sebagai amalan yang soleh dengan syarat niat mestilah ikhlas dan mengikut landasan syarak...
Namun di dalam ibadat-ibadat khusus seperti memuji Allah, menuntut ilmu dan lain-lain berkaitan dengan agama masih boleh dilakukan. Sila rujuk pada gambar, insyaAllah.
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid adalah seperti di dalam gambar.
Selingan: Ada orang kata orang yg sedang haid/junub boleh baca Al-Quran. Tapi xtahulah dia ikut mazhab mana. Namun dalam mazhab As-Syafi'e diharamkan membaca Al-Quran tanpa bersuci. Dalil:
Daripada Abdullah bin Rawahah berkata yg brmaksud; "Sesungguh Rasulullah saw melarang seseorang daripada kami membaca al-Quran, sedangkan dia dalam keadaan junub." (Riwayat ad-Darulquthni).
Satu lagi hadith daripada Abdullah ibn Umar berkata: Rasulullah saw bersabda yg brmaksud: "Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca walau sedikit pun daripada Al-Quran." Triwayat at-Tirmizi dan lain2)
Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya ia adalah Quran yang mulia, di dalam kitab yang terpelihara baik, tidak boleh menyentuhnya selain orang yang suci, wahyu yang turun dari Tuhan semesta alam." (Surah al-Waqiah 77-80).
Walluhalam..
1 comment:
Thank you for sharing...
Post a Comment