Sunday, July 15, 2012

aku anak selangor

assalamualaikum

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan bola kelantan sebab menjuarai piala liga FA semalam . kelantan berjaya menewaskan pasukan sarawak . bagus lah tu , rezeki mereka kan . aku bukan nak tunjuk minat bola pon , saje nak wat intro pasal keputusan perlawanan semalam , hehe . tapi kan , aku ada tak minat sorang pemain import kelantan yang suka buad provokasi dan selalu menimbulkan kekecohan dalam perlawanan bola sepak . okei , cukup-cukup , aku bukan nak buad fitnah , korang boleh search sendiri pasal nie kan . sebenarnya nak cerita pasal sikap segelintir masyarakat , dalam Utube ramai yang hanta pasal rakaman yang melibatkan pemain tersebut , tak kisah lah perlawanan dengan terengganu or perak or mana-mana pasukan lain . tapi , yang biasanya rakaman tuh akan melibatkan pasukan selangor lah . yang menjadi aku rasa tak puas hati tu , orang yang komen kat bawah-bawah Utube tuh , ada ke patut mereka nak kutuk-mengutuk antara satu sama lain ?  kita kan satu malaysia , tak payah nak kutuk negeri orang , kita kan sama-sama cari rezeki Allah , berpijak di bumi yang sama . contoh lah , kat tempat aku nie , ramai je orang kelantan cari makan kat sini , aman-damai je . tak kan hanya kerana bola , or pemain import tuh korang nak lupa diri ? lagipon korang bukan berada dalam situasi atas padang tuh , korang tak boleh menilai hanya kerana pandang rakaman yang pastinya , bukan rakaman sepenuhnya berlaku atas padang ! hey , come on lah , jangan nak ikut perasaan sangat ye :)

okei , sebenarnya , bukan hal bola yang aku nak tulis , apa yang aku ingin sampaikan , kita kena lah hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain . lebih-lebih lagi , kita sebagai rakyat malaysia perlulah menjaga keamanan negara kita kan . aku lahir perak , duduk selangor , dulu belajar kat melaka sekarang kat penang , mak orang sabah , ayah selangor , abang mengajar kat sarawak , satu malaysia kan ? seronok rasanya bila kita dapat belajar adat budaya negeri lain , dapat menambahkan ilmu pengetahuan . kat universiti pon ada persatuan anak negeri , individu berhak pilih anak negeri yang dia nak tanpa mengira asal negeri sendiri . aku selaku ydp anak negeri selangor sidang hadapan , aku harap aku dapatlah menjalankan tanggungjawab ini dengan jayanya. huhu. yang penting , emosi kena pandai kawal . kan kan kan . hee~

#ohtidakresultkeluarselasaini! T__________T

8 comments:

Scha Nazri said...

Yeappp. hormat tu penting. :)


wahh. YDP! Tinggi tuuu!


Good luck tuk result nanti. Insya-Allah lily boleh. :)

Syazwan Che Deraman said...

ouh, pasal Ghadar tuh.

mereka tu terlalu emosional sampai lupa mereka ni satu negara.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Tak perlulah sampai nk mengutuk2..padahal satu negara jer pun..hmmmm...

syiela said...

negeri mana sama ja kan.. kita di lahirkan di malaysia

Asrul "iLham" Sany said...

Yg penting orng Malaysia...=)

K said...

yang penting ganu menang sukma, kekeke

Sya Chot .. said...

ala nape n.9 tak der??hee..singgh sini :)

Sophie Al-Yahya said...

heheh..

pelik dgn orang yg bersikap kenegrian..