TAMPIN: “Ketika bersandar di bahu saya, bunyi nafas dan degupan
jantungnya amat kencang. Saya kemudian cuba memanggil namanya,
namun tidak bersahut dan pilu melihat suami sudah menghembuskan
nafas terakhir,” kata Rashidah Abdul Samad, 37.
Kejadian menyayatkan hati itu menyebabkan hasrat seorang anggota
polis berpangkat koperal untuk pulang menghadiri kenduri tahlil 100 hari
arwah bapanya bertukar tragedi apabila dia dan anak perempuannya
terkorban dalam satu kemalangan di Kilometer 237.3 Lebuhraya
UtaraSelatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi,
dekat sini, awal pagi semalam.
Menurut Rashidah, dia bersama suami, Rubaie Abdul Rahman, 41
, serta tiga anak perempuan mereka iaitu Nur Aziera, 15, Fatin Adila, 9,
dan Farah Elisa Najwa, 5, dalam perjalanan dari rumah mereka di Ijok
Selangor menuju ke Bukit Gambir, Muar, Johor.
“Kami sekeluarga yang menaiki Proton Waja mahu menghadiri kenduri arwah
bapa sempena 100 hari pemergiannya yang meninggal dunia dalam satu
kemalangan di Johor sebelum ini. “Berikutan mahu tiba lebih cepat untuk
membantu menyediakan persiapan kenduri yang akan diadakan
malam ini (semalam),kami bertolak dari rumah pada jam 5.15 pagi,” katanya ketika
ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam.
Menceritakan insiden ngeri itu,katanya, sejurus sebelum kejadian, dia ternampak
seolah-olah objek hitam di tengah lebuh raya terbabit dan segera memberitahu
suaminya yang sedang memandu.
“Pada waktu itu, suami saya sempat menjerit perkataan ‘apa tu?’ sebelum
saya dikejutkan dengan bunyi dentuman amat kuat dan kereta kami seterusnya
berpusing sebanyak beberapa kali. “Saya yang masih lagi sedarkan diri
kemudian mendapati kepala suami berada di atas bahu saya, manakala
anak iaitu Fatin tersepit di tempat duduk belakang meraung kesakitan
sambil meminta pertolongan.
“Bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk, saya yang cedera ringan
nekad menggagahkan diri untuk membawa keluar anak bongsu iaitu
Farah yang turut berada di bahagian belakang kereta terbabit,” katanya.
Rashidah berkata, sejurus meletakkan Farah di tepi jalan, dia tersentak
apabila dimaklumkan oleh orang awam bahawa selain suaminya, anak
sulungnya iaitu Nur Aziera turut meninggal dunia akibat tercampak keluar
dari kereta.
“Saya segera menghubungi saudara mara terdekat memberitahu
perkara berkenaan sebelum melihat ketibaan anggota polis dan bomba,” katanya.
Mayat dua beranak berkenaan dibawa ke HT untuk bedah siasat,
manakala Fatin yang cedera pada kaki menerima rawatan diHospital
Tuanku Jaafar Seremban.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati suasana pilu menyelubungi
perkarangan bilik mayat hospital berkenaan dengan tangisan ahli keluarga mangsa
selain saudara mara dan kenalan rapat.
Menurut Rashidah, dia pada awalnya agak berat hati untuk pulang ke kampung
dan langsung tidak menyangka insiden ngeri itu meragut dua insan kesayangannya

No comments:
Post a Comment