Sunday, April 18, 2010

+ huruf awl nama, apa rahsianya? +

tahukah anda huruf pangkal nama anda memainkn peranan penting dlm menentukan karakter kamu? dan melalui huruf pangkal nama juga tergambar sikap kamu yang sebenar. tapi tak semuanya benar belaka. meskipun ada yang sama mungkin itu hanyalah kebetulan semata2 dan ada juga yang berbeza. so, baca boleh.. percaya jangan....ni hanya untuk sukasukigilakcoastar!

bermula dengan..

huruf A : kamu lebih berminat pada aksi2 lasak dan perniagaan. ini menyebabkn kamu akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita2 kamu. dalam persahabatan pula, kamu seorang yang tidak kisah berkawan dgn sesiapa saja yg mahu berkawan dgn kamu. oleh sebab itu, kamu ada banyak kawan yang sanggup membantu jika kamu perlukn pertolongan.

huruf B : kamu seorang yang lembut dan penyayang. kamu suka menerima hadiah sebagai tanda penghargaan daripada keluarga dan sahabat yang kamu sayang.kamu suka dimanja dan tahu memanjakan teman kamu, tetapi walaupun ada sahabat baik, kamu tetap suka berahsia dan tidak menceritakan semua perkara kepada sahabat baik kamu itu.

huruf C : kamu individu yang suka bersosial dan penting bagi kamu untuk menjalinkan persahabatan. kamu memerlukan hubungan yang rapat dan suka bekerjasama. kamu mahu kasih sayang kamu diterima oleh rakan yang mengenali kamu. kamu akan melihat orang yang sayangi sebagai kawan. walaupun ada org yang tidak suka berkawan dgn kamu, tetapi kamu masih bijak mengawal perasaan dan keadaan.

huruf D : sebaik-baik saja kamu mendapat idea, kamu akn teruskan langkah kamu untuk mencapainya. kamu tidak mudah mengalah. apabila kamu mendapatnya, kamu akan menjaganya dgn baik. jika kawan kamu mempunyai masalah, kamu akan berkongsi masalah itu bersamanya. kamu seorang yang penyayang, setia, dan sangat mengambil berat tentang kwan2.

huruf E : kamu suka berbicara. jika rakan kamu bukan seorang pendengar yang baik, kamu akan mempunyai masalah menjalinkan persahabatan dengannya. biasanya kamu akan memilih sahabat yang bijak dan mempunyai minat yang sama seperti kamu. kamu memerlukan seorang sahabat yang sanggup menangis bersama dan sentiasa bersama. kamu bencikan suasana yang tidak harmoni dan banyak gangguan. tetapi kamu sukakan perdebatan yg baik dan dpt menajamkn lagi pemikiran.

huruf F : kamu seorang yang mempunyai banyak idea, tetapi tidak sombong, dan sangat menyayangi sahabat kamu. kamu akn mencari seorang teman yang baik dan sukar untuk dicari. jika kamu memiliki sahabat begitu, pasti kamu akn setia kepadanya.

huruf G : kamu seorang yg cerewet dalam memilih sahabat dan akn memastikan sahabat kamu itu sempurna pd pandangan mata kamu. kamu akn memberi tindak balas yg baik jika sahabat kamu itu bijak, hebat, dan boleh menaikkan taraf kamu. jika diberikan tugas, kamu akn memikulnya dgn baik, dgn tenaga yg dimiliki.

huruf H : kamu dianggap oleh teman2 sebagai seorang yg sempurna bukan saja dari segi paras rupa, malah budi bahasa. sebab itulah kawan2 senang dgn kamu. kamu juga seorang yg berpengaruh dan kawan2 kamu sentiasa memerlukan pertolongan kamu jika mereka ada masalah.

huruf I : kamu sentiasa ingin disayangi, dihargai, dan suka dipuja. kamu juga seorang yg tidak sukar untuk diramal, berwibawa, dan praktikal. semangat produktif dan gigih yg disertai dgn sikap berhati-hati menjadikan kamu berkemampuan mencapai kejayaan.

huruf J : kamu seorang yg mementingkan keluarga drpd segala-galanya di dunia ini. kamu gembira dalam keriuhan keluarga yg besar. tp sikap kamu ini kadangkala membuatkn teman2 kamu rasa terpinggir.

huruf K : kamu suka berahsia dan lebih suka memendamkn perasaan sehingga mendatangkan tekanan kepada diri kamu. walalupun begitu. kamu sebenarnya seorang yg bercita-cita tinggi dan mempunyai azam untuk berjaya dalam hidup.

huruf L : kamu seorang yg sentiasa berfikir ke arah yg positif. sebab itulah kamu disukai ramai. namun dalam masa yg sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dgn tekanan. tapi, dalam pelajaran kamu seorang yg kuat berusaha dan begitu mementingkan pelajaran.

huruf M : kamu dilahirkan sebagai pemimpin. mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat org lain walaupun ia benar. seorang yg artistik dan sukar utk dijangka. kamu juga seorang yg pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yg mendalam terhadap sesuatu yg kamu sukai.

huruf N : berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dlm setiap aspek kehidupan adalh sifat peribadi kamu. namun begitu, sifat kamu yg suka berterus terang dan tidak berselindung, sering menyebabkan kawan2 kamu terguris hati dan bersedih.

huruf O : kamu seorang yg suka bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan mudah untuk bekerjasama.kamu sanggup mengorbankan kehendak atau idea kamu sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan dan konflik.

huruf P : nampaknya kamu ini seorang yg amat menjaga personaliti dan ketrampilan diri dimata org ramai. kerana itu juga kamu suka memilih kawan. kawan2 kamu tentulah yg cantik dan bijak pandai. kamu juga seorang yg sentiasa berpuas hati.

huruf Q : kamu seorang yang 'moody' rupanya. sekejap 'mood' kamu okey, dan sekejap pula kamu marah2. ini membuatkan orang2 sekeliling kamu bosan dgn sikap kamu itu. kamu juga suka diri kamu menjadi perhatian ramai terutama dlm kalangan teman2. ingat! jgn terlalu ikutkan hati.

huruf R : mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju. selain itu, kamu juga mempunyai sifat mudah bersimpati, merdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yg berubah-ubah dan berhati-hati. kamu juga mudah menitiskan air mata dlm situasi yg menyedihkan.

huruf S : sikap kamu yg tenang seolah-olah tak kisah menyebabkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. lebih baik kamu berterus terang jika kawan kamu menyakiti kamu. tapi kamu seorang yg bersemangat dalam menjalani kehidupan.

huruf T : kamu ini seorang yg amat berdisiplin dlm mengatur kehidupan kamu seharian. oleh sebab itulah, kamu juga mengharap org2 di sekeliling bersikap sedemikian. kamu juga seorang yg tegas dan sukar digugat. oleh itu, eloklah kamu meneruskan sikap kamu ini untuk kejayaan kamu pada masa depan.

huruf U : kamu suka mengubah keputusan kamu secara tiba2. namun, sekiranya kamu membuat keputusan kamu akn terus bertindak. punca kamu bergaduh dgn orang di sekeliling juga adalah keran tindakan kamu yg 'last minute'. jadi jgn amalkan tindakan tersebut.

huruf V : kamu seorang yg berfikiran tajam, berbakat, malah pandai berjenaka. oleh sebab itu, kamu mestilah berfikir sedalam-dalamnya untuk mengetahui keistimewaan kamu itu. kamu juga kadangkala berperangai ganjil dan terlalu berfikiran terbuka. jika kamu cemburu pada seseorang, kamu akn hilang kawalan. jadi kurangkn sikap ganjil kamu itu.

huruf W : kamu seorang yg 'happy go lucky' dan gemar berseronok. namun sikap kamu yg agak berhati-hati dlm memilih teman membataskn pergaulan kamu. kamu suka menjaga menjaga hati org lain berbanding hati kamu sendiri. sikap kamu yg baik ini menyebabkn ramai org mengambil kesempatan pada kamu.

huruf X : kamu seorang yg tegas dan berdisiplin. jika kamu membuat keputusan, kamu mahu org lain mengikutnya biarpun keputusan kamu itu salah. sikap kamu ini kadang2 baik dan kadang2 mendatangkn keburukan dan rasa tidak senang hati org sekeliling.

huruf Y : kamu ank kesayangan ibu. mana tidaknya, dari kecil sehinggalah sekarang ibu kamulah yg sentiasa membuat segala pekerjaan kamu. ibu jarang menyuruh kamu membuat kerja rumah. ini menyebabkan kamu tidak mampu berdikari dan sentiasa memerlukan pertolongan org lain jika berada di luar, berubahlah untuk kebaikan kamu.

huruf Z : sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yg khas bg mereka yg mempunyai nama bermula dgn huruf Z. tapi jgn cuba mempermainkan kamu kerana kamu boleh mengamuk dgn hebat. kamu tergolong sebagai seorang yg bijaksana dan bertanggungjawab. sifat jujur dan ramah adalah modal utama kamu dlm bergaul.


*enjoy it!

3 comments:

tikosh said...

huruf S : sikap kamu yg tenang seolah-olah tak kisah menyebabkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. lebih baik kamu berterus terang jika kawan kamu menyakiti kamu. tapi kamu seorang yg bersemangat dalam menjalani kehidupan.

ak tenag ke? dy tenag ke? sile jwab dokte. hehee

lilypelangi said...

bhahahhahaha..
ko terlebih tenang..
ta pom ko amek B :P

tikosh said...

B. huruf B : kamu seorang yang lembut dan penyayang. kamu suka menerima hadiah sebagai tanda penghargaan daripada keluarga dan sahabat yang kamu sayang.kamu suka dimanja dan tahu memanjakan teman kamu, tetapi walaupun ada sahabat baik, kamu tetap suka berahsia dan tidak menceritakan semua perkara kepada sahabat baik kamu itu

---maap ye shabat baek. tp ko xde.ko an kemba ak. kekeke :p