Sunday, November 15, 2015

Asam Pedas untuk Mertua.






                                           Akan datang.





Saturday, July 12, 2014

Qunut nazilah buat Qaza

Aku memohon kepada kalian. . .

Sedarlah . .

Saudara kita disana sedang berperang,

berperang mempertahankan hak mereka,

berperang demi agama kita,

berperang demi masjid kita,

berperang kerana Allah !

Mereka ditindas dan diseksa.

Bantuan ubat-ubatan disekat, bantuan makanan dihalang.

Tidak malukah kita ? kita bersenang lenang dengan kemewahan yg sementara,

sedangkan mereka disana teraniaya.

Tidak mereka pinta untuk kita bersama mengangkat senjata.

Hanya iringin doa yang mereka harapkan.

Doa senjata umat islam ! 

#pray4gaza #gazaunderattack




Sunday, July 6, 2014

This is the end....

Assalamualaikum

This is the end....

After three years i've finally finished my study at USM. InsyaAllah this september will be my graduation day. Banyak perkara yang aku belajar sepanjang aku berada kat sana. Meskipun aku bachelor degree in Chemistry, tak bermakna aku hanya belajar tentang organic chem, physical chem, analytic chem, bla bla bla and so on, tapi banyak lagi perkara yang aku dapat jadikan pelajaran tak kiralah belajar secara formal ataupun informal. Kat USM ni banyak sangat aktiviti yang korang boleh join sampai korang takde masa nak study. ahh, itu bukan alasan untuk tak study, haaha. Dengan join aktiviti-aktiviti yang ada, secara tak langsung boleh ajar diri kita untuk pandai mengatur masa, pandai berinteraksi dengan orang lain dan sabar dalam menghadapi apa pun masalah. Antara kenangan yang mungkin tak aku lupakan, bila aku dapat buat persembahan main keyboard masa Chem Nite, aku dapat ko-k archery dan aku dapat pengalaman jadi presiden anak negeri selangor,hahaa. These kind of experiences you never bought it unless throught it yourself. Thanx to all my friends yang pernah hadir dalam hidup aku di USM. yang dijadikan pelajaran dan pengajaran. semuanya memberi makna dalam hidup aku dan mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa. Kepada family tercinta juga, thanx for your doa and supporting. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. :)


*InsyaAllah jumpa lagi time convo! ^________^

Sunday, June 1, 2014

Final Sem Akhir !

Assalamualaikum

Are you ready......? 

Study week sem akhir bermula! 

Sem ni aku just ada dua paper, so hope i can do my best for these two subject.but but but, aku ada viva early in July nanti. hahahahha *tetibe* InsyaAllah sem ni sem terakhir aku bergelar pelajar degree, sem terakhir juga aku menduduki peperiksaan sebagai seorang pelajar. After this onward, aku akan masuk ke dunia pekerjaan pula insyaAllah. Further study? hmmmmmmmmmm, belum lagi kot, mungkin satu hari nanti insyaAllah ada rezki and masa baru lah sambung study. Dah lah, orang baru nak aktif balek blog tak patut rasanya nak tulis entri panjang2.. HaHa. Cehh,, padahal aku takde idea. heeeeeee. Ayat pon tunggang langgang sebab dah jarang update ! Hoho. Okay, to all my friends tak kisah lah course apa, uni mana, sem berapa pon korang, Bittaufiq Wannajah ! Semoga dipermudahkan menjawab peperiksaan. 

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan (insyaAllah)

Saturday, May 31, 2014

Rawatan kanser secara Islam

Assalamualaikum

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

*Amaran !! Kita perlu yakin bahawa Allah lah yang akan menyembuhkan penyakit kita. Bukan datang dari surah yg kita baca  kerana surah hanyalah medium untuk memohon pertolongan dari Allah.

Wednesday, January 22, 2014

Happy Born Day : sweet 22 !

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya masih lagi memberi peluang untuk jari jemariku terus bermain-main atas papan kekunci ni. Paling penting Allah telah memberi peluang sekali lagi untuk meraikan hari jadi yang ke-22. First time dalam hidup aku time birthday aku, aku tak bersama umi dah abah. Allah, hanya Engkau yang tahu betapa apa yang aku rasa. Berikanlah aku kekuatan. But, Alhamdulillah skali lagi sebab berjaya lalui hari ni. Semua kerana Allah ^______^

Walaupun terpaksa menghabiskan lebih banyak masa dalam lab hari ni. Sambut hari jadi dengan kerja-kerja FYP yang sememangnya macam tak pernah abes. HAHA. Perkara yg buat aku happy pada hari jadi ni bila dapat sembang dengan semua ahli keluarga. Dapat borak dengan umi, abah, ijad dan abg fad. Dan, semua janji nak bagi aku adiah. yeayy!! hehehhehehehe. Thanx juga kepada kawan-kawan lain yang wish beday aku hari ni. Terima kasih.....

Umie
Firah
Arief
Iffi
'Ain
Zamil
Iman
Zuhair
Zaki
Atiq
Pika
Hasliza
Balqis
Azlina
Farah
"abah" 'Ain
Tiha
Azmi
Abg Arepis
Taufiq
Abg Dan
Faraha

.....dan semua lah! (mana yang tak sebut nama soryy.hee)


Media preview

#cakeformybirthday :)

Tuesday, January 21, 2014

The Beach Calling and Burger "warna-warni"

Assalamualaikum


Seems like sem 5 already end, i'm still at USM finishing my FYP. aish~ nasib pelajar akhir tahun ni. But it's sokay lah. kita abeskan masa yg ada dengan mencipta kenangan bersama ^____^

Semalam seharian berjalan. Fuhh. penat kot.

Kisah Kami....



Lepas p pantai, malam tuh kami p makan beger warna warni. yippieeeeeeeeeeeee!





Ok, cukup sampai sini. Lain hari lain cerita ^_____^

Saturday, January 11, 2014

Penghujung kisah sem LIMA


Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk terus hidup berjalan di atas bumi ini. Segala puji juga bagi-Nya kerana masih memberi kesihatan yang baik dan jari-jemari ku masih lagi boleh berlari-lari diatas keyboard ni.

Fuhh dah lama tak masuk dalam dunia blog ni. Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sungguh tak perah otak susun ayat. Hampir nak berkarat dah ni. HAHA.

Disebabkan dah lama sangat tak update, hari ini aku nak update. Pasal apa ye? Hurm. Hurm.

Hari ini. Hari terakhir aku exam, jadi hari ini merupakan hari terakhir untuk sem lima. Sem LIMA. Haaa kau. pejam celik cepat sangat masa berlalu. Dengan ini, sem depan merupakan sem terakhir. TERAKHIR. Ok, saya ulang, sem TERAKHIR sebagai pelajar degree kat USM ni. sedih rasa bila mengenangkan akan berpisah dengan kawan-kawan.
  Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!  TT____________________TT

Sesi bergambar lepas exam...

Ini Iffi. 
Kena denda tangkap gambar sebab tak pakai baju '3rd Year' HAHA









Jumpa lagi sem depan...........................!

Arief, Zaki,
Izzamil, Umie, Musfirah, Iman, (Me), Zuhair

Farhan dengan Atiqah je yang takde time ni. 
Tapelah lain kali kita snap lain naaaaa ^_^


#Ok, tu saja untuk hari ini. Lain kali lain cerita. k :)

Friday, July 19, 2013

Amalan wanita ketika haid :)

Assalamualaikum...

Sebenarnya banyak ibadat yang boleh di amalkan oleh wanita semasa sedang haid. Hanya ada beberapa perkara yang haram dilakukan semasa haid seperti bersuci, solat, puasa, tawaf dan membaca Al-Quran (memegangnya).

Lagipun, skop ibadah di dalam Islam ini luas. Setiap amalan yang baik seperti bersedekah dan sebagainya itu akan dianggap sebagai amalan yang soleh dengan syarat niat mestilah ikhlas dan mengikut landasan syarak...

Namun di dalam ibadat-ibadat khusus seperti memuji Allah, menuntut ilmu dan lain-lain berkaitan dengan agama masih boleh dilakukan. Sila rujuk pada gambar, insyaAllah.
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid adalah seperti di dalam gambar.

Selingan: Ada orang kata orang yg sedang haid/junub boleh baca Al-Quran. Tapi xtahulah dia ikut mazhab mana. Namun dalam mazhab As-Syafi'e diharamkan membaca Al-Quran tanpa bersuci. Dalil:

Daripada Abdullah bin Rawahah berkata yg brmaksud; "Sesungguh Rasulullah saw melarang seseorang daripada kami membaca al-Quran, sedangkan dia dalam keadaan junub." (Riwayat ad-Darulquthni).

Satu lagi hadith daripada Abdullah ibn Umar berkata: Rasulullah saw bersabda yg brmaksud: "Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca walau sedikit pun daripada Al-Quran." Triwayat at-Tirmizi dan lain2)

Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya ia adalah Quran yang mulia, di dalam kitab yang terpelihara baik, tidak boleh menyentuhnya selain orang yang suci, wahyu yang turun dari Tuhan semesta alam." (Surah al-Waqiah 77-80).

Walluhalam..

Sunday, January 27, 2013

Rindu vs Zina Hati

Assalamualaikum

"Ya Rabbul izzati, jika aku rindu,

 rindukanlah aku pada seseorang 

yang merindu syahid di jalan-MU.. 

Ya Allah, jika aku rindu, 

jagalah rinduku padanya agar

 tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..."

Seringkali tidak dengar dari orang-orang sekeliling kita kata, " Kau rindu dia? Jangan.. nanti jadi zina hati susah..berdosa.". Atau pon paling tidak, " Kau ni angau teruk, asik ingat dia. Tak boleh, zina hati tu." Kadang-kadang sampai kita terfikir, betul ke rindu tu zina hati? Merindui seseorang yang ajnabi bagi kita. Salah ke rindu? rindu pada rakan-rakan sekolah, rindu pada cikgu-cikgu, rindu seseorang yang mungkin telah curi hati kita. Salah ke?
Rindu itu kan anugerah dari  Allah, insan yang berhati nurani pasti akan rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Takut jadi zina hati? Kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan zina hati ni. Zina hati ini sebenarnya apabila kita teringatkan seseorang ajnabi sambil membayangkan atau berniat untuk melakukan zina bersamanya. If setakat rindu itu lumrah. Manusia kan ada perasaan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud :

“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” 

Lalu Allah berfirman –  ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).
Syed Qutb dalam tafsirnya berkata:
“Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata – ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.
Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.
Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”.
Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan berzina sebagai memenuhi syahwat.
Apa yang paling penting di sini, jagalah hati kita sebaiknya, berdoalah kepada Allah agar dapat menjaga perasaan ini daripada bisikan syaitan. Allahualam :)
#Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku pada.....agar aku menjadi kerinduannya. aminn ^____^

 

*p/s : kepada kawan aku yang tengah kem tu, wehh,, cepat sikit balek ye, rindu kau lah! >.<

Thursday, January 24, 2013

Photoshop Oh Photoshop

Assalamualaikum

Since cuti hari tu hingga hari ni, apa yang aku buat kat rumah ni pon tak tahulah.. makan tidur jer kot. HAHA. okei, tak klaka =______________="
Sebelum cuti bukan maen semangat aku buad planning untuk aku lakukan sepanjang cuti nie, tapi plan kemana aku kemana.. hampehh~ nak blogwalking pon tak sempat lagi ni haa... lagi tak sempat bila aku da mula layan movie korea.. tapelah, akan ku sempatkan jua di suatu masa nanti.. insyaAllah~ :D
Btw, beberapa hari lepas aku blaja tutorial photoshop dari fizgraphic. puas hati la jugak dengan pencapaian aku sendri.bhahahaha *poyo* walaupon tak la sehebat orang lain, but untuk orang amatur seperti aku ni kira okei lahh.. >.<

ni aku share kat korang antara hasil yang aku dah buad :


#ni header aku buad sendiri.. comot je doodle tu kan -,-

#nie member aku, dia p kem, then aku curi la gmbar dia :p


#kembar tak jadi. boo!

Tuesday, January 22, 2013

Happy 21st on 21st January :)


Assalamualaikum

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan Intan Zaharah 

Allah selamatkan kamu...



Semoga dengan bertambahnya umur ini

akan bertambah ketakwaan dan keimanan kepada Allah

Diharap tahun ini menjadi lebih kuat dan 

tiada lagi tangisan yang sia-sia

melainkan tangisan hanya kepada-Nya

Moga dimurahkan rezeki dan 

mendapat jodoh yang baek serta

bahagia di dunia dan di akhirat.

InsyaAllah :)

It's ME! :D

Friday, January 18, 2013

Solat istikharah - Mohon diberi petunjuk

Assalamualaikum

Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah, tenanglah...



Rasulullah bermaksud:
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”
- (Riwayat Bukhari)
Tata cara dan petunjuk
Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.
Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dengan jangan ragu-ragu lagi.
Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.
Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi tersebut bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.

Saturday, January 12, 2013

RASULULLAH S.A.W. & KUCING.. ^_^


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq 
pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. :)

Saturday, December 1, 2012

final final final.




be right back...




final is just around the corner. again, i left my honey bunny blog because lack of time. sory my dear blog. i hope that we can back together like before. just waiting for me ya ^_______^

*wish me luck :)

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Lebaran (:

Assalamualaikum

Entri kali ini banyak aku nak citer kat korang ( banyaklahsangat.haha ) . Firstly, satu rahsia yang selama ini aku sembunyikan dari korang . cewahh. hahaa . bukan lah rahsia apa pon . haha. sje buad gempak. hurm , aku bukan lah antara blogger yang pames meletop-letop cam bloggerizzz lain . Aku pon jarang update and blogwalking . Mungkin ada lah beberapa blogger lain yg mengenaliku ( maybe ada lah . HAHA ) . Tapi tape lah , asalkan aku tak terkubur sekali dengan blog aku ni . hewhewhew . Aku ad gak follow beberapa bloggerizzz dekat twitter . tapi aku yakin yg mereka bukan kenal pon sape aku . sebab , dekat blog ni orang kenal aku sebagai lilypelangi , tapi nama aku dekat facebook or twitter adalah Diamondparticle . berbeza ya disitu . tapi tape lah. lepas raya nanti insyaAllah , aku rename lah.. maybe maybe maybe lha. hahaa!!



#tak kira lah sape nama aku pon . yg penting , aku tetap aku dan aku adalah aku ! apakah? bhahaha 


Secondly , tahun ni aku dapat kad raya dan aku rase bertuah sangat sangat sangat sebab beliau bagi duet raya sekali. walaupon seposen , tapi aku tetap bersyukur. Siapa dia ? jom terjah beliau dlu kat sini . Nama beliau ABU , saya ulangi lagi , nama beliau ABU ye. ABU ! hee~ Beliau suruh aku beli jajan dengan duet tuh , tape lah Abu , aku simpan buad kenangan . (:


*jangan jeles sape yg tak dapat kad raya :pp

Lastly, dikesempatan ini aku tuan blog pelangichenta.blogspot ini ingin mengucapkan selamat hari raya buad semua muslimin dan muslimat tak kira dimana pon berada . hoho . aku juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sepanjang penulisan aku pernah mengguris mana-mana belah pihak , bagi yang mengenali diri ini pula , minta ampun dan maaf zahir dan batin dari hujung rambut ke hujung kaki ye . luka lama jangan disimpan dalam hati taw taw taw . kosong-kosong~ aku saje wish awal coz takut tak sempat , aku nak balek kampung dah sat lagi ni. hoho. kt kampung takde tenet. susah lah nak on9. huhuhuhuhuhuhu.

okei lah kawan-kawan , setakat ini je lah entri kali ini . kang membebel lebih-lebih pon bukan ada orang nak baca. lalalalala. HAHA . aku pon lom siap kemas baju-baju lagi nie , satgi kul 3 pagi nak gerak p KLIA dah , nanti sahur dekat RnR je lah . heeee~ aku dah bau-bau pantai labuan dah nie. wee!! *nenek,,tunggu saya datang ye!!*

nahh, lagu raya untuk korang , enjoy ! ^_____^

http://www.youtube.com/watch?v=d_7KSyaNjaM

raya ke-empat yang istimewa , kerumah DIAMOND intan pujaan teruna :p

Sunday, August 12, 2012

#ohDilema


Dilema.












menghantuiku..











Resah dan gelisah.














menyelubungi diri ini..















sem tiga dah nak mula..














tapi aku masih DILEMA















Aku DILEMA antara Psikologi dan Pengajian Islam.






*which one I should take sebagai minor nie!!! kena pilih betul-betul ni :((

Thursday, August 9, 2012

Set teko untuk raya

assalamualaikum

ada seorang sahabat aku ni , dia post kat group kami , yg aku rasa sangat sangat sangat sesuai dimusim perayaan ni ,

ni lah yg "Tea-set" , sesuai untuk mereka yg sangat suka sayang cinta rindu pada chemistry . . .
Direka oleh Art Lebedev Studio,










#ilovechemistry 

Monday, August 6, 2012

Bagaimanakah alam ini bermula...

assalamualaikum

Manusia bertanya : Bagaimanakah alam ini bermula ?

Al-Quran menjawab :

 " Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu , kemudian Kami pisahkan antara keduanya . Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup . Maka mengapakah mereka tiada juga beriman . " ( al-Anbiyaa' : 30 )

Allah menggunakan perkataan " ratq " yang bermaksud bercantum dan " fataqa " yang bermaksud berpecah/bercerai .

Terdapat beberapa pendapat antaranya ialah . . .

Pertama , perkara ini ada merujuk kepada teori 'Big Bang' .

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah  satu letupan yang kuat ( cosmix explotion )10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. Sejak  itu berlakulah pengembangan dan penyejukan  ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi 
dan seumpamanya.  




Kita tidak perlu beriman kepada teori ini kerana teori ini terbahagi kepada beberapa pendapat yang lain , akan tetapi , ada satu perkara yang kita perlu ketahui bahawa teori ini juga menyatakan bahawa mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.   .

Kedua , sesetengah pendapat mengatakan alam ini terjadi berkaitan dengan sistem suria .

Hipothesis pembentukan sistem suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace . Teori ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria . Ia mempunyai 100 AU dan berjisim  2-3 kali jisim matahari . Kemudian , satu gangguan ( mungkin supernova berhampiran ) memampatkan nebula , menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh . Apabila nebula itu runtuh , keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti ,tekanan gas , medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut tengah . Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. 


Ketiga , konsep singularity ( physic's term ) , konsep ini aku pon kurang paham sangat . mungkin gambar dibawah ini buad korang paham sikit kot.. huhu~


Tidakkah kalian terfikir , sesungguhnya Allah telah mengatakan bahawasanya , proses kejadian ini akan ditemui oleh orang kafir dahulu seperti ayat al-Quran diatas . Sesungguhnya benarlah kata-kata Allah itu . Allahu Akhbar .




Wednesday, July 25, 2012

JR 1 : puding roti bakar kastad

assalamualaikum

ramadhan kali ni rajin lak aku tolong mak aku kat dapur , blaja lah sikit sikit apa yang patut kan. biasalah , anak dara dah besar lah katakan~ :p

kali ini aku nak share juadah ramadhan ( JR ) mak aku ajar yang simple tapi sedap . heee. menu hari ini ialah , puding roti bakar kastad.


Bahan-bahan :
a. 8 keping roti
b. 500 ml susu segar
c. 4 sudu besar gula halus
d. 2 sudu besar butter ( cairkan )
e. 2 biji telur
f. 1 sudu teh aisin vanilla
g. 1 sudu besar tepung jagung
h. 1 sudu kecil sebuk kayu manis
i. kismis secukupnya

*dari b-i , campurkan kesemua sekali dan jadikan ia satu adunan yang sempurna :p

untuk buad sos kastad pulak ,
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1setengah sudu besar tepung kastad

Cara : koyakkan roti-roti tersebut menjadi serpihan kecil dan letakkan kedalam loyang, kemudian masukkan bahan awal yang sudah dicampur susu segar ke atas roti tersebut . boleh letak kismis ikut suka nak banyak mana , gambar atas tadi cacat sikit tak da kismis coz aku tak suka makan roti gn kismis.. hoho. Then , masukkan kedalam oven 180 degree cels selama setengah jam . siapppp!

senang kan ? selamat mencuba :)